Thursday, October 28, 2010

SELUAR JINS BIRU


Pada hari ini, kita sama-sama hendak bicarakan 1 tajuk yang tak sebesar manapun dari salah 1 trend dunia ini, iaitu trend PEMAIAKAIAN SEDUNIA di seluruh planet bumi ini, yang telah hampir berjaya meresapi semua bangsa di dunia ini, dan topik "kenit" yang ingin kami jentik kali ini ialah:

                                             ((( SELUAR JEANS / biru ))).

Tahukah anda... pada hari ini, orang yang tak pakai seluar jeans, akan dilabelkan sebagai ganjil & akan bersifat ter'asing' dari masyarakat. Maka detik-detik yang kami gerunkan semakin menjadi kenyataan, Nabi Muhammad sendiri pernah berpesan... Mari kita lihat hadis di bawah berhati-hati di mana, kalau hari ini, kalau mana-mana anak2 muda yang tidak memakai seluar jeans, akan kelihatan mula terasing... bahkan lelaki memakai seluar jeans untuk datang kenduri kahwin menjadi trend pula, sedangkan si perempuan datang kenduri kahwin tetap memakai baju kurung... dunia sedang berubah... semakin ASING & GANJIL...

Quote:Hadis Sahih,:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya (di akhir zaman nanti), kembali dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.” (Riwayat Muslim )

Salah 1 budaya yang akan seluruh dunia memakainya, yang datang dari pengaruh Yakjuj Makjuj Eropah di akhir zaman nanti, yang bakal dipakai oleh semua lapisan masyarakat, baik yang paling bangsawan ataupun dari kalangan penjenayah... adalah pemakaian
((( seluar jeans BIRU ))) !!!
Anda akan perhatikan, sistem globalisasi akan menyebabkan setiap agama-bangsa-bahasa-adat-budaya, pasti memakai ((( seluar jeans ))). ini adalah salah 1 sistem budaya Yakjuj & Makjuj, sebelum kemunculan Dajjal nanti..

Ramai umat Islam yang berbillion-bilion telah dididik oleh para
ulamak moden, bahawasanya 2 bangsa Yakjuj Makjuj ini, kononnya hanya muncul di akhir zaman, iaitu ketika kedatangan Al-Masih Dajjal, padahal tuan-tuan-puan-puan semua... tahukah anda... dinding tembok besi keluli binaan Raja Zulkarnain, telah berjaya ditebuk sampai berlubang di zaman Nabi Muhammad lagi, dan sejak zaman Nabi lagi, 2 jenis bangsa manusia dari keturunan Yakjuj Makjuj, telah lama bergaul dengan manusia sejak 1400 tahun lepas lagi... dan antara bayang-bayang pengaruh Yakjuj & Makjuj pada hari ini ialah, apa sahaja yang budaya di barat yang diamalkan "sama" di timur, maka kebarangkalian adalah tinggi ianya asal datang dari mereka.

Pihak kami juga telah lama perasan hadis di bawah iaitu, berbunyi...

Quote:Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Kamu (orang Islam) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu, sejengkal demi sejengkal, dan sehasta demi sehasta, sehingga kamu (orang Islam) akan menuruti mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian), walaupun mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian) memasuki lubang-lubang biawak. Sahabat bertanya: ‘Siapakah mereka itu ya Rasulullah? ‘ Nabi menjawab: ‘Yahudi dan Nasara (orang Kristian), siapa lagi ?”

Selepas Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah) terlepas dari tembok besi keluli setinggi gunung itu, dan mencampuri penduduk dunia secara beransur-ansur sehingga melangkaui perjalanan 1400 tahun, hari ini anda sendiri telah menyaksikan seluruh dunia telah menggunakan perkara berikut dari Tamadun Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah):

- 1 bahasa yang sama
- 1 cara hidup yang sama
- 1 makanan yang sama
- 1 nyanyian yang dikongsi bersama,
- 1 hiburan yang sama
- 1 matlamat yang sama
- 1 corak pemerintahan yang sama
- 1 cara bekerja yang sama
- 1 cara berdagang yang sama
- 1 sistem matawang yang sama
- 1 jalan ke arah globalisasi dunia
- 1 dunia tanpa sempadan
- 1 negara 1 dunia
-  slogan 1 Malaysia (ONE MALAYSIA)

Maka terjadilah apa yang hari ini anda dengar di radio dan di TV, sebagai 1 Masyarakat Dunia, dan proses inilah yang dinamakan Globalisasi. Istilah globalisasi telah dilancarkan oleh Yakjuj & Makjuj (Yahudi Eropah), dan sedang hangat disambut di hampir setiap daerah di setiap negeri pada setiap negara di setiap benua di bumi ini.
Perhatikan baik-baik hadis sahih di bawah ini & ajak keluarga anda membaca hadis ini sama-sama, semoga kita semua Umat Islam beroleh kebaikan & tidak tergolong dalam Zon 999. Sekali kita meniru cara hidup mereka, secara otomatiknya kita adalah sebahagian dari mereka, kita dikategorikan masuk Zon 999. Kerana itu, 999 manusia dari 1000 orang masuk neraka. (kerana rupa2nya, "mungkin" sebahagian dari kita telah pun diYAKJUJ-MAKJUJkan)

Hadis Sahih, Riwayat At-Tabrani :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam tanganya, nanti akan berpecah umatku (manusia yang beragama Islam) kepada 73 puak. Maka 1 sahaja masuk SYURGA, dan yang 72 puak lagi masuk neraka. Bertanyanya sahabat: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ ”

Nota Penting:
Seluruh dunia sedang di'Yakjuj-Makjuj'kan, supaya seluruh dunia akan ke arah me-REALITI-kan hadis2 di atas, elakkan diri kita menjadi sebahagian dari mereka... terutamanya seluar jeans... anda masih pakai seluar jeans ??? masih sayangkannya ? terpulang... Nasihat yang berbudi bahasa telah dikeudarakan, esok kat akhirat jangan salahkan manusia lain, yang kononnya takde manusia pernah menyampaikan kes ini, ketika anda masih waras untuk membuat keputusan untuk memilih.

Ini baru aje seluar jeans, belum lagi kami nak ceritakan, betapa ramai umat Islam bermegah2 makan dekat restoran2 Fast Food, milik syarikat2 Yahudi... kalau isu seluar jeans yang sekecik ini pun boleh nyebabkan anda tersentak, dan menjadi hot atau hilang akai.... bayangkan isu2 yang lain kan ?

Sebenarnya...
kami juga sama seperti anda,
sedang cuak & sedang pelan2 menarik keluarga masing2 kembali ke jalan yang "hati" anda meredhoinya, sekurang2nya kita berusaha untuk keluar dari sistem Yakjuj & Makjuj, yang telah di-ENDORSE-kan oleh kuncu2 Dajjal, melalui freemason & Iluminati.

Semoga anda2 yang membaca hujah kami ini, termasuk dalam umat2 Islam yang bakal dianggap "asing", kerana umat Islam dari jenis ini di akhir zaman inilah, yang bakal dimaki dek orang Islam lain... padahal mereka sedang menceritakan & mendaulatkan perkara betul, tapi telah pun kelihatan asing bagi umat Islam lain, yang telah lama diselimutkan oleh sistem barat...
ANDA BAGAIMANA?
Semoga dirahmati Allah....

1 comment:

  1. Ya Allah inilah akibat kelalaian kami sendiri..berilah kami petunjuk pada jalan yang Redhai dan jangan lah kami termasuk di dalam golongan mereka yang Engkau murkai dan sesat.

    ReplyDelete