Sunday, October 10, 2010

Projek Membinasakan Aqidah Umat Islam Bhg 1

Manusia hidup untuk makan dan beribadat kepada Tuhannya, namun apa yang dimakan itu haruslah dipasti kehalalannya. Makanan membentuk darah daging, justeru membentuk pemikiran, perasaan, jiwa dan peribadi. Halaltuju hidup dan nlai seseorang itu bergantung kepada akhlak mulia.Kehinaannya juga dilihat dari pemilihan makanan yang dibuatnya.

Ketika kita semua diambang akhir zaman dimana iman semakin lemah dan ujian semakin banyak, kita bimbang kita tewas dengan ujian dunia yang semakin hebat. Manusia semakin kecundang dengan ujian-ujian yang mendatang.

Pihak musuh telah lama merancang   bagi membinasakan umat Islam secara jelas dan halus. Dari politik, pendidikan, kesihatan, hiburan dan program pemakanan sedunia mereka telah berjaya menyusup masuk sehingga ke dalam sanubari hati umat Islam, samada disedari ataupun tidak.

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi SAW menjawab : "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)

ANAK ZINA & PEMBUANGAN SERTA PEMBUNUHAN ANAK
Darah daging yang haram akan terarah kepada melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, kerana tanpa IMAN semua akan binasa. Zaman jahiliah era zaman permulaan Sayyidina Umar r.a, menanam anak perempuan adalah lumrah kerana sifat jahiliah mereka. Namun kini bukan lagi lagi jahiliah tapi zaman kepada “Bapa kepada segala Jahiliah”; bukan sahaja anak perempuan malahan anak lelaki juga ditanam. Yang menanam bukannya orang kafir tapi yang mengaku  Islam! Kini di tahun 2010 mengikut statistik setiap 17 minit lahir seorang “anak zina”. Bayangkan apa yang akan terjadi jika tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Bagi gulungan “Mak Nyah” pula setiap hari berpuluh-puluh kes menukar jantina dari lelaki ke  wanita telah berlaku di negara kita. Sungguh menghairankan ramai pula yang tiba-tiba menjadi mak nyah! Mengapa & bagaimana? Kesan pengambilan hormon berlebihan dari makanan terutama “ayam-ayam cucuk” munkin salah satu punca berlakunya perubahan sifat lelaki kepada wanita.

Melalui program-program hiburan yang ditaja sepenuhnya kumpulan yahudi seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya berjaya merancakkan keruntuhan akhlak-akhlak remaja Islam. Bukan itu sahaja malahan melalui program-program hiburan di tv juga mampu memukau sebahagian besar anak-anak dan surirumah supaya mengikut dakyah dan tarbiah mereka. Dakyah mereka melalui nama-nama seperti DORAEMON / POKEMON (dalam bahasa Hebrew bererti “aku ingin/suka jadi Yahudi). Kalau setiap hari anak-anak anda mengulang-ulangkannya sebutannya, bayangkanlah apa akan terjadi bila mereka membesar nanti. Istlah “Holywood” bererti  “TONGKAT SUCI”, mereka (yahudi) yakin mampu memukau penonton yang melihatnya melalui  “ilusi” kayu suci” itu. Sesiapa yang menonoton pastinya terpukau, setidak-tidaknya ia tidak akan membaca quran, tidak bpleh berzikir kepada Allah kerana illusi tersebut. Itulah realitinya rancangan DAJJAL yang berjaya.

Kini, dalam dunia semakin canggih, makanan juga semakin canggih hinggakan kita tak sedar banyak daripada makanan yang kita makan diragui kehalalannya. Memang kita ada JAKIM dan JAIN yang memberi sjil-sijil halal, namun yang menguasai dan menguruskan kebanyakan makanan kita bukanlah dari gulungan manusia yang sujud dan rukuk kepada Allah s.w.t.; sedangkan mereka kufur kepada Allah. Industri halal pula hampir 80% dikuasai oleh mereka-mereka yang tidak halal tubuh badan, akhlak dan aqidahnya.

Puak-puak yahudi ini mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam dalam mengendalikan produk halal, sedangkan umat Islam hanya suka melihat sahaja aktiviti itu dilakukan tanpa rasa menyesalpun malahan turut menyokongnya, membeli dan ada pula tolong memasarkan di pasaran dengan bangganya. Kebanggaan membuka francise McD, KFC, STARBUCKS, Burger King; menyokong Tesco, Giant, Carefour meskipun syarikat gergasi itu milik Yahudi sentiasa menipu umat Islam. Orang Islam berlumba-lumba penuh sesak di dalam pasaraya gergasi ini untuk mendapatkan produk pada harga murah tanpa rasa sedar atau munkin terkena sihir. Di dalam TESCo, daging babi pun ada dijual dan TROLI yang digunakan tetap troli yang sama untuk mengisi barang-barang?

Makanan yang dihidangkan kepada kita bukanlah makanan  yang terbaik tetapi lebih banyak racun daripada khasiat. Daripada ikan, daging ais & mee yang dicampur dengan asid borik, begitu juga beras disembur dengan klorin & bromite sebagai pengawet; ayam 35 hari yang disuntik dengan hormon pembesaran, margerin dengan lemak tepu, aji-no-moto daripada enzyme,  serta makanan terkini iaitu penggunaan teknologi GMO (Genetic modified Organism – yakni penggabungan gen haiwan dan tumbuhan seperti tomato/kacang soya dengan babi dsbnya).  Negara-negara eropah membantah keras apabila terdapat usaha untuk menghantar makanan GMO ke negara mereka, mengapa? Kerana makanan tersebut bukan sahaja membinasakan hidup mereka malahan akan membinasakan juga tamaddun kemanusiaan sejagat.

Kemudian mereka menggunakan lemak babi dalam makanan dengan menggunakan kod-kod tertentu seperti kod E471-E482. Jika daripada eropah kodnya bermula dengan E, tapi jika dari Australia tanpa E cth 110-119. Ini bertujuan mengelakkan dari dikesan oleh pengguna muslim. Mereka berniaga cara bijak, jika disebut babi pengguna muslim sudah tentu menolaknya, tapi mereka bijak. Malang sekali bagi umat Islam terpedaya dengan tipudaya mereka. Dengan mengiklankan makanan yang meliurkan mereka berjaya menipu umat Islam yang cintakan makanan.

Ayam yang sepatutnya dibesarkan dalam masa 5-6 bulan, dipaksa untuk membesar dalam masa 35 hari sahaja. Dengan suntikan hormon (munkin daripada haiwan) pembesaran, ayam-ayam itu begitu cepat membesar kerana kandungan dagingnya sahaja dalam 46%, manakala yang selebihnya lemak, air dan tumbuhan hormon itu sendiri. Ayam suntik ini dipaksa untuk membesar walaupun dalam masa yang singkat. Kini ada lagi teknologi baru, hanya dalam masa 15 hari sahaja ayam-ayam ini sudah boleh dijual. Daging ayam yang tak sepatutnya dimakan menjadi kebanggaan umat melayu walaupun kesannya merosakkan sistem badan, penyebab kegemukan, kanser dan mampu mengubah sifat-sifat lelaki kepada lemah-lembut wanita dan pelbagai keburukan lain.
 
Walau sebaik mana pun dakwaan pengeluar makanan namun kesan keburukan atas jiwa manusia tetap dirasai, perangai, pemikiran mula berubah. Jiwa jahat mula menguasai jasad yang akhirnya lahirlah akhlak-akhlak buruk yang tak terkawal. Lihat sahaja pada tubuh badan kanak-kanak lelaki yang suka makan ayam, lembik dan lembut-gemuk. Bagi anak perempuan pula perangai mereka mulai kasar macam lelaki (munkin berlebihan hormon penggemuk dalam ayam). Tabiaat suka memakai pakaian menjolok mata (kerana hilang malu), berpelukan dan bercium di khalayak ramai dan pelbagai aksi lucah yang mereka cuba tunjukkan. Mana perginya maruah diri orang Islam?

No comments:

Post a Comment